Program Latihan Kopiesatu

Perkhidmatan program latihan yang kami tawarkan merangkumi 4 perkara berikut;

  • Akademi Kopiesatu
  • Barista Pelatih
  • Usahawan Pelatih Peruncitan
  • Usahawan Pelatih F&B

Kopiesatu berhasrat untuk mendidik dan berkongsi informasi dengan masyarakat tentang industri dan trend kopi semasa. Ini bagi membolehkan petani dan kumpulan sasar seperti usahawan F&B dan belia mendapatkan latihan serta maklumat yang selaras dengan perembangan arus semasa. FAMA melalui telah menyusun beberapa program kemahiran dan siri latihan bagi memenuhi keperluan ini.

Antara program yang disediakan adalah :

  1. Kemahiran Barista
  2. Kemahiran Brewing
  3. Kemahiran Sensory
  4. Kemahiran Roasting
  5. Green Coffee
  6. Coffee Upskilling Programme
Barisan Pelatih Kopiesatu

Najib Mohtar
Trainer
SCA Qualifications

  • Barista Skills Intermediate

  • Sensory Skills Intermediate

  • Green Coffee Intermediate

Kursus Asas Barista

Kursus Asas Barista kini kembali! Ketahui asas menjadi seorang barista bersama tenaga pengajar yang berpengalaman. Daftar segera untuk menempah slot anda. Tempat adalah terhad! Rujuk pada kalender untuk mengetahui tarikh Kursus Asas Barista untuk bulan Januari dan Februari 2021.

Sila klik Borang Pendaftaran Online dibawah ;

PENGENALAN PROGRAM

Program Usahawan Pelatih Agropreneur Muda Kopiesatu adalah satu program yang bertujuan memberi latihan industri “On Job Training”, kemahiran dan pengalaman bekerja seterusnya berupaya menjalankan perniagaan Kopiesatu dan layak menjadi Francaisi Kopiesatu.

Pelatih yang menyertai program ini akan diberi pendedahan dengan suasana kerja yang sebenar dalam menjalankan perniagaan minuman berasaskan kopi di bawah jenama Kopiesatu.

SYARAT DAN TERMA PROGRAM
  1. Tawaran dibuka kepada usahawan-usahawan yang berminat untuk menjadi operator pelatih di bawah Program Usahawan Pelatih Agropreneur Muda Kopiesatu.
  2. Program latihan keusahawan selama 1 tahun ini dibuka kepada usahawan berumur antara 18 tahun hingga 45 tahun dan usahawan ini akan dipantau secara bersama oleh MKSB dan FAMA negeri.
  3. Latihan keusahawan ini akan diadakan di outlet Kopiesatu di outlet-outlet terpilih kami.
PERATURAN PROGRAM LATIHAN
  1. Setiap pelatih program hendaklah bekerja mengikut waktu yang ditetapkan dalam jadual yang ditentukan oleh Pengurus.
  2. Semua pelatih program hendaklah merekod waktu masuk hari kerja dan waktu selesai hari kerja dengan menggunakan kad perakam waktu atau dengan cara lain yang ditentukan oleh Pengurus.
  3. Pelatih perlu mengambil Kursus Pengendalian Makanan dan suntikan ‘typhoid’.
  4. Mematuhi semua peraturan yang digariskan oleh KKM seperti didalam Kursus Pengendalian Makanan.
  5. Jujur, amanah dan berdisiplin.
FAEDAH PROGRAM KEPADA PELATIH

Elaun Tetap setiap bulan
Elaun Makan setiap hari bekerja
Elaun Kehadiran
Faedah Perubatan tahunan
Caruman KWSP & SOCSO sepanjang program
Uniform disediakan

Kami sedang mencari pencinta kopi yang bersemangat dan bertenaga untuk menyertai keluarga KopieSatu kami. Sekiranya anda merupakan seorang pengguna serta peminat produk kami dan sentiasa bermimpi untuk mempunyai satu perniagaan anda sendiri di masa depan, inilah peluang keemasan anda. Hubungi kami segera.