LATAR BELAKANG

Kanchong Darat Coffee

Mykopiesatu Sdn Bhd (MKSB) telah membangunkan produk signature Negeri Selangor dengan jenama Kanchong Darat Coffee (KDC). Pembangunan Outlet KDC oleh Kopiesatu adalah untuk mempromosi dan memasarkan produk keluaran Negeri Selangor.

Kopi Kanchong Darat keluaran Kopiesatu adalah produk yang dihasilkan daripada biji kopi yang diproses dan dipanggang menggunakan mesin berteknologi tinggi dari Eropah di kilang kopi Kanchong Darat, Banting. Nama Kopi Kanchong Darat diambil bersempena dengan sejarah penghasilan kopi di Kampung Kanchong Darat, Banting, Selangor sejak tahun 1974.

KDC juga telah dijadikan minuman rasmi di Pavilion Negeri Selangor sepanjang MAHA 2018 yang menyajikan minuman kepada tetamu kenamaan termasuk Tengku Permaisuri Selangor dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi. KDC juga telah menaja lebih 500 cawan kopi semasa sidang Dewan Negeri Selangor yang berlangsung di Bangunan Dewan Negeri Selangor pada 4 Disember 2018.

KONSEP PERNIAGAAN

  • Cafe
  • Ringkas & Seragam
  • Modal Berpatutan
  • Mudah Diuruskan

PRODUK

KHIDMAT SOKONGAN

  • Latihan Perniagaan & Keusahawanan
  • Bekalan Bahan Mentah
  • Pemantauan Berkala

SYARAT MEMOHON

  • Terbuka kepada semua usahawan.
  • Mengisi borang permohonan yang boleh diperolehi dari kami.
  • Bagi permohonan di bawah pinjaman MyAgrosis, perlu mengisi borang permohonan pinjaman (berumur antara 18 hingga 45 tahun).