Bermula sebagai sebuah projek di bawah FAMA, projek ini bertujuan untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan seperti;
- Memberi penjenamaan baharu kepada industri kopi tempatan.
- Menjual satu jenama yang sinonim dengan masyarakat, oleh itu ia perlu mudah diperoleh di semua peringkat dengan harga yang berpatutan.
- Menyediakan peluang pekerjaan kepada orang ramai. Menyediakan platform perniagaan kepada usahawan kecil dan sederhana.
dan terkini, untuk mewujudkan peluang urus niaga kepada bumiputera melalui sistem rantaian bekalan secara francais, dan seterusnya bersaing dengan jenama-jenama daripada luar negara.